Manchester United Peroleh Kemenangan Pertama

Posted by Unknown on Monday 19 August 2013




MANCHESTER
 United (MU) memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan berpesta gol.

Kelab ternama itu menewaskan Swansea City 4-1 di Stadium Liberty, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam perlawanan itu, penyerang Belanda, Robin van Persie meletakkan MU di depan pada minit ke-33 sebelum Danny Welback menjadikan kedudukan 2-0 dua minit selepas itu.

Masuk separuh masa kedua, Persie yang berganding dengan Wyane Rooney berjaya mengucar kacirkan pertahanan tuan rumah dan hasilnya Persie merembat masuk gol keduanya pada minit ke-71.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun memperoleh gol tunggal menerusi pemain gantian 46 mins: Friend Bony pada minit ke-82.

Ketika permainan di saat akhir, Welback menambah jaringan skuad bimbingan David Moyes itu pada minit ke-92.

Sementara itu, Arsenal memulakan aksi sulung Liga dengan nasib malang apabila dikejutkan Aston Villa 1-3 di Stadium Emirates.

Tiga gol Aston Villa dijaringkan oleh Christian Benteke pada minit ke-22, 61 dan Antonio Luna pada minit ke-85 manakala gol sagu hati Arsenal dihasilkan oleh Olivier Giroud pada minit keenam.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris :

Liverpool 1 - 0 Stoke City

Arsenal 1 - 3 Aston Villa

Norwich City 2 - 2 Everton

Sunderland 0 - 1 Fulham

West Bromwich 0 - 1 Southampton

West Ham United 2 - 0 Cardiff City

Swansea City 1 - 4 Manchester United
More aboutManchester United Peroleh Kemenangan Pertama

Pablo Aimar Sah Milik JDT

Posted by Unknown



BEKAS bintang Argentina, Pablo Aimar sah bakal beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim depan.


Kelibat pemain yang di canang bakal menyertai pasukan Harimau Selatan itu mula hangat diperkatakan sejak kehadirannya di Johor Bahru, 22 Jun lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya memuji keputusan Pablo Aimar untuk bersama JDT.

Meskipun sesi menandatangani kontrak tidak didedahkan, namun Pablo Aimar menolak beberapa tawaran untuk bersama dengan JDT.

“Dia (Aimar) tersenyum dan menjawab bahawa keputusan beliau untuk bermain bersama JDT bermula sejak beliau tiba di Johor sebelum ini, beliau sukakan suasana kehidupan di sini dan merasakan Johor merupakan tempat yang sesuai bagi diri dan keluarganya.

“Beliau juga datang bukan sahaja untuk beraksi bersama Johor, tetapi juga berhasrat untuk menyumbang ke arah pembangunan belia di peringkat akar umbi dan juga di peringkat akademi, setelah bersara bermain bola sepak kelak.

"Wang bukanlah segala-galanya bagi seorang pemain bola sepak profesional,” katanya dalam kenyataan yang dipetik di laman Facebook Johor Fan Club.

Tunku Ismail berkata, Pablo memilih untuk bersama Johor kerana penyokong Johor. Tunku Ismail sebelum ini telah melontarkan hasrat untuk menyunting pemain Benfica itu.
More aboutPablo Aimar Sah Milik JDT

Fandi Ahmad Selesai Tamatkan Haluan Pasukan JDT

Posted by Unknown



Lagenda Singapura, Fandi Ahmad bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berakhir selepas hampir satu musim menabur bakti membimbing pasukan Johor Darul Takzim (JDT).


PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu persatuan dan Fandi bersetuju untuk mengikut haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan yang teliti serta persefahaman bersama.

Sambil menyifatkan Fandi sebagai seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap, PBNJ menyatakan persatuan ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

"Pintu sentiasa terbuka bagi Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap seperti keluarga di sini.

"PBNJ juga sentiasa bersedia memberi sokongan dalam sebarang usaha yang bakal diceburi beliau pada masa akan datang.

"Ini merupakan berita yang mendukacitakan buat PBNJ dan juga para penyokong Johor, namun PBNJ mendoakan yang terbaik buat Fandi," katanya.

PBNJ turut menyatakan Fandi telah banyak menabur bakti dalam pembangunan bola sepak Johor.

"Jasa dan sumbangan beliau terhadap projek bola sepak Johor akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh PBNJ dan penyokong," katanya.
More aboutFandi Ahmad Selesai Tamatkan Haluan Pasukan JDT

PM ulas cadangan Tun M berkenaan penswastaan MAS

Posted by Unknown

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd, tidak akan diswastakan.
   
"Malaysia Airlines tidak akan diswastakan kerana pelan pemulihan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan jumlah kerugian yang semakin menguncup," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
   
Perdana Menteri yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan 2013 hari ini, berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
   
Dr Mahathir berkata penswastaan merupakan salah satu langkah bagi mengatasi kerugian yang dialami syarikat penerbangan itu, terutama setelah beberapa kali melalui pelan pemulihan. - Bernama
More aboutPM ulas cadangan Tun M berkenaan penswastaan MAS

Proton Suprima S "pembawa perubahan"

Posted by Unknown

 



Proton Suprima S yang baru dilancarkan bakal menjadi "pembawa perubahan" dalam menambah baik standard dan kualiti kereta pengeluar kereta nasional itu dan mengubah persepsi awam terhadap Proton, kata Hong Leong Investment Bank, hari ini.

   
Ia berkata pelancaran Suprima S akan meningkatkan penawaran produk Proton dan membantu mengembalikan semula keyakinan pasaran dan bahagian pasaran. 
   
"Kami menjangka Suprima S mendapat sambutan positif daripada orang ramai, sama dengan pelancaran Saga SV sebelum ini pada pertengahan Jun, yang menerima lebih 20,000 tempahan," kata bank pelaburan itu dalam satu nota.
   
Variasi Proton baru itu berharga antara RM76,000 dan RM80,000 dan berjaya memperoleh penarafan lima bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme dan dikatakan lebih baik daripada model hatchback kelas sama yang lain yang berada dalam pasaran Malaysia berharga di atas RM120,000.
   
Bank itu mengekalkan penarafan "beli" bagi DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.36. 
More aboutProton Suprima S "pembawa perubahan"

Pesanan Kepada Umat Islam

Posted by Unknown



MENTANG
-mentang pengerusi sebuah NGO ini seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Pada saya, tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi sesiapapun ada hak.

Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008.

Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

NGO ini dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan Perlembagaan Persekutuan, berhubung kes seperti ini.

Satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke Parlimen.

Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan daripada kumpulan bukan Islam.

Mereka mahukan pasangan suami isteri bukan Islam, jika salah seorang daripadanya memeluk Islam, tidak ada hak untuk membawa atau mengIslamkan anak-anak mereka. Mereka mesti kekal dalam bukan Islam sehinggalah umurnya mencapai 18 tahun.

Katakanlah kita terbalikkan kes ini, si ibu itu Islam dan si bapa tidak Islam. Apakah pula keputusan hakim tersebut? Apakah si ibu akan mendapat hak penjagaan?

Apakah pertubuhan itu dan NGO bukan Islam lain akan setuju dengan keputusan ini?

Pada mereka, jika anak-anak tersebut ‘diislamkan’ ia merupakan suatu yang amat tidak adil kepada pasangan bukan Islam tersebut. Namun, jika anak-anak tidak diislamkan, boleh pula. Persoalan saya, siapakah pertubuhan ini untuk menentukan masa depan Malaysia?

Pesan saya kepada umat Islam, jangan sesekali menerima jemputan untuk berada dalam NGO ini.

Setakat ini, ada lima penganut ajaran (agama) di dalamnya. Setiap seorang daripada mereka boleh mewakili semua agama yang ada di situ. Jika ada wakil Islam, suara kita hanya ada satu. Manakala suara bukan Islam ada lima. Jika ada undian, pasti kita akan kalah.

Jika mereka mahu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hatta PBB sama sekali, silakan. Pokoknya, kita jangan goyah dengan desakan mereka. Ini urusan dalaman kita.

Kita ada perlembagaan negeri dan undang-undang syariah di bawah raja-raja Melayu. Apa yang perlu ditakutkan? Pertahankan. Jangan sama sekali benarkan agama Islam disamaratakan dengan agama lain.

Paling penting, lantik hakim yang beragama Islam mengendalikan semua kes ini, bukan sebaliknya. Pertubuhan ini mendesak supaya diperbanyakkan hakim bukan Islam di mahkamah agar keputusan tidak berat sebelah.

Nasihat saya kepada kerajaan. Tidak perlu. Kes berkaitan Islam mesti dikendalikan oleh hakim Islam, kerana Islam mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam.

Setakat ini, bila hakim bukan Islam mengendalikan kes-kes berkaitan Islam, pasti keputusannya tidak berpihak kepada Islam.

Sedarlah, kita sudah terlalu sangat bertoleransi dan berlembut. Bangunlah dari tidurmu umatku! Kita hari ini sudah terlalu banyak dihina di bumi sendiri. Jangan biarkan kita dihina lagi.

Pertubuhan ini selalu membangkitkan soal keadilan. Persoalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan dalam Islam, bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seorang sebiji?

Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, selaku Agama Persekutuan dan agama anutan majoriti penduduk. Itu adil namanya, walaupun bukan Islam melihatnya tidak adil. Justeru, tidak perlu dipinda perlembagaan negeri atau diubah kedudukan mahkamah syariah.

Jika dipinda atau diubah, apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Sudahlah hak-hak istimewa mereka diambil, bahasa sendiri tidak terdaulat, kedudukan agama makin kecil dan sedikit.

Jika yang sedikit ini pun terus mahu diambil, apa lagi yang tinggal? Apa sebenarnya yang bukan Islam mahu? RIDHUAN TEE ABDULLAH - 
More aboutPesanan Kepada Umat Islam

Remaja 18 tahun Disabit Dengan 4 Tuduhan Membunuh

Posted by Unknown


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan seorang remaja berumur 18 tahun terhadap empat pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 dan satu cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
   
Hakim Supang Lian menangguhkan hukuman kepada 23 Sept berikutan tertuduh berumur bawah 18 tahun semasa dia melakukan jenayah itu.
   
Beliau mengarahkan supaya laporan akhlak, rayuan, penghujahan pendakwa raya dan pernyataan impak daripada keluarga mangsa, jika ada, dikemukakan dalam tempoh sebulan mulai hari ini.
   
Supang berkata remaja itu memilih untuk berdiam diri terhadap keterangan yang dikemukakan semasa kes pembelaan dan pendakwaan turut membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
   
Remaja itu didapati bersalah membunuh ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, dan dua anaknya David Ling Chei Qi, 10, serta Amy Ling Zi Jiun, tujuh, di rumah meeka di Jalan RTM kira-kira 7 pagi pada 3 Jan 2012.

Dia turut didapati bersalah terhadap dakwaan cuba membunuh anak lelaki ahli perniagaan itu, Kelvin Ling Chie You, lapan, pada hari, tempat dan masa yang sama.
   
Remaja terbabit yang merupakan jiran mangsa, diwakili peguam Darel Ling Huang Hui manakala Timbalan Pendakwa Raya Musli Ab.Hamid menjalankan pendakwaan. -Sinar harian-
More aboutRemaja 18 tahun Disabit Dengan 4 Tuduhan Membunuh