Hakim Supang Lian menangguhkan hukuman kepada 23 Sept berikutan tertuduh berumur bawah 18 tahun semasa dia melakukan jenayah itu.
Beliau mengarahkan supaya laporan akhlak, rayuan, penghujahan pendakwa raya dan pernyataan impak daripada keluarga mangsa, jika ada, dikemukakan dalam tempoh sebulan mulai hari ini.
Supang berkata remaja itu memilih untuk berdiam diri terhadap keterangan yang dikemukakan semasa kes pembelaan dan pendakwaan turut membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Remaja itu didapati bersalah membunuh ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, dan dua anaknya David Ling Chei Qi, 10, serta Amy Ling Zi Jiun, tujuh, di rumah meeka di Jalan RTM kira-kira 7 pagi pada 3 Jan 2012.
Dia turut didapati bersalah terhadap dakwaan cuba membunuh anak lelaki ahli perniagaan itu, Kelvin Ling Chie You, lapan, pada hari, tempat dan masa yang sama.
Remaja terbabit yang merupakan jiran mangsa, diwakili peguam Darel Ling Huang Hui manakala Timbalan Pendakwa Raya Musli Ab.Hamid menjalankan pendakwaan. -Sinar harian-
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...