Pelakon dan penerbit, A Aida dicerai talak dua?

Posted by Unknown on Monday 19 August 2013



Pelakon dan penerbit, A Aida mengakui lega dan tenang selepas diceraikan talak dua oleh bekas suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman di Mahkamah Rendah Syariah di sini. 

Aida sebelum itu agak terkejut selepas Suffian memaklumkan mahu menceraikannya dengan talak tiga semasa pertemuan di dalam kamar Hakim Syarie Umamuddin Yunus.
“Alhamdulillah semuanya selesai.Saya tidak kisah, janji sudah bercerai,” katanya.

Sebelum itu, Suffian bertegas untuk menceraikan Aida dengan talak tiga, bagaimanapun,  Umamuddin menegur tindakan Suffian kerana ia haram dan berdosa.
Suffian, 44, kemudian dipujuk oleh peguam Ismail Mohamad yang mewakilinya. Turut berada di kamar hakim ialah peguam Zulkifli Che Yong bagi pihak Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41.

Pasangan itu bercerai secara baik di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 selepas Aida memfailkan permohonan pada 27 September tahun lalu.

Mereka juga bersetuju untuk menjaga anak tunggal bersama, namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida manakala Suffian dibenarkan hak melawat.

Suffian kini bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman.

Aida dan Suffian bernikah, 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 4.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...