16 Pasukan Piala Malaysia 2013

Posted by Unknown on Monday 19 August 2013



16 pasukan piala Malaysia 2013 akan meyertai perlawanan yang hangat ini. Mereka akan bersaing untuk merebut trofi bola sepak yang paling unggul di tanah air ini. 

Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII FC yang juga juara Liga Super musim ini, dilihat menjadi 'duri dalam daging' kepada 15 pasukan lain kerana dibarisi ramai pemain muda yang mantap selain kelebihan beraksi di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Berdasarkan undian Piala Malaysia yang diadakan pada 27 Julai lepas, anak buah V. Sundramoorthy itu dianggap sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara Kumpulan D yang turut dianggotai Perak, Kedah serta juara Liga Perdana Sarawak.

Kegagalan pasukan tempatan menewaskan pasukan dari seberang tambak itu pada saingan Liga Super ketika berkunjung ke Singapura, boleh dijadikan pengajaran berguna buat mereka dalam menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini.

Untuk rekod, pasukan Lion XII FC tidak pernah tewas daripada 11 perlawanan di gelanggang sendiri dan hanya sekali seri 1-1 menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengekalkan format terdahulu dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke suku akhir.

Aksi final pada 3 November ini yang sepatutnya diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, terpaksa ditukar ke Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan padang yang mengalami kerosakan.-Sinar harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...