Waktu Subuh Dan Terbit Matahari

Posted by Unknown on Saturday 17 August 2013

Apakah yang dimaksudkan dengan waktu terbitnya matahari itu bermakna  berakhirnya waktu sembahyang Subuh? Masih Bolehkan kita mengerjakan sembahyang Subuh kalau sudah pukul 7.00 pagi?



Sudah semestinya ya, waktu terbit matahari adalah waktu berakhirnya sembahyang  Subuh, ia dinamakan Syuruk.

Jadual masa terbit matahari di suatu tempat dengan tempat yang lain tidak sama. Ada sebelum pukul 7.00 pagi dan ada yang selepas pukul 7.00 pagi. Untuk kepastian rujuklah Jadual Waktu Sembahyang untuk daerah-daerah sama ada di akhbar, calendar ataupun diari Islam terbitan  Karya Bistari yang dinamakan Bitaqah Yaumiyah.

Kalau sembahyang selepas tamat pada waktunya, ia dinamakan sembahyang kada. Mereka yang tidak sempat sembahyang dalam waktu, wajib sembahyang kada selepas waktunya. Akan tetapi, kalau mereka sengaja melewat-lewatkan sembahyang kada itu, maka mereka dicap sebagai orang yang berdosa. Oleh itu, segeralah kada sembahyang yang tertinggal itu, nescaya kuranglah dosanya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...