Bila Masjid Dijadikan Kawasan Pelancongan

Posted by Unknown on Saturday 17 August 2013



Kita membenarkan orang kafir yang dikatakan pelancong memasuki masjid sedangkan kita tidak tahu bahawa pelancong perempuan dalam keadaan haid dan lelakinya pula berpakaian tidak suci menurut Islam?

Ketahuilah bahawa masjid bukanlah tempat untuk pelancongan. Ia adalah rumah ibadat bagi umat Islam. Orang Islam yang datang melawat masjid kemudian balik tanpa beribadat di dalamnya dikira dosa. Ini dianggap seperti tidak menghormati masjid. Apalagi jika masjid tersebut dimasuki oleh orang kafir. 

Kedatangan mereka ini boleh mencemarkan kesucian masjid.
Bagaimanapun, mereka boleh melawat bahagian yang tidak diiktiraf sebagai masjid. Pemandu pelancong (Orang Islam) hendaklah menerangkan keindahan Islam dalam lawatan tersebut. Tanpa berbuat demikian, adalah kerja sia-sia dan si pemandu pelancong tadi boleh jadi berdosa dengan Allah S.W.T. kerana tidak menjalankan tugas dakwah kepada para pelancong tersebut.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...