Manchester United Peroleh Kemenangan Pertama

Posted by Unknown on Monday 19 August 2013




MANCHESTER
 United (MU) memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan berpesta gol.

Kelab ternama itu menewaskan Swansea City 4-1 di Stadium Liberty, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam perlawanan itu, penyerang Belanda, Robin van Persie meletakkan MU di depan pada minit ke-33 sebelum Danny Welback menjadikan kedudukan 2-0 dua minit selepas itu.

Masuk separuh masa kedua, Persie yang berganding dengan Wyane Rooney berjaya mengucar kacirkan pertahanan tuan rumah dan hasilnya Persie merembat masuk gol keduanya pada minit ke-71.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun memperoleh gol tunggal menerusi pemain gantian 46 mins: Friend Bony pada minit ke-82.

Ketika permainan di saat akhir, Welback menambah jaringan skuad bimbingan David Moyes itu pada minit ke-92.

Sementara itu, Arsenal memulakan aksi sulung Liga dengan nasib malang apabila dikejutkan Aston Villa 1-3 di Stadium Emirates.

Tiga gol Aston Villa dijaringkan oleh Christian Benteke pada minit ke-22, 61 dan Antonio Luna pada minit ke-85 manakala gol sagu hati Arsenal dihasilkan oleh Olivier Giroud pada minit keenam.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris :

Liverpool 1 - 0 Stoke City

Arsenal 1 - 3 Aston Villa

Norwich City 2 - 2 Everton

Sunderland 0 - 1 Fulham

West Bromwich 0 - 1 Southampton

West Ham United 2 - 0 Cardiff City

Swansea City 1 - 4 Manchester United
More aboutManchester United Peroleh Kemenangan Pertama

Pablo Aimar Sah Milik JDT

Posted by Unknown



BEKAS bintang Argentina, Pablo Aimar sah bakal beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim depan.


Kelibat pemain yang di canang bakal menyertai pasukan Harimau Selatan itu mula hangat diperkatakan sejak kehadirannya di Johor Bahru, 22 Jun lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya memuji keputusan Pablo Aimar untuk bersama JDT.

Meskipun sesi menandatangani kontrak tidak didedahkan, namun Pablo Aimar menolak beberapa tawaran untuk bersama dengan JDT.

“Dia (Aimar) tersenyum dan menjawab bahawa keputusan beliau untuk bermain bersama JDT bermula sejak beliau tiba di Johor sebelum ini, beliau sukakan suasana kehidupan di sini dan merasakan Johor merupakan tempat yang sesuai bagi diri dan keluarganya.

“Beliau juga datang bukan sahaja untuk beraksi bersama Johor, tetapi juga berhasrat untuk menyumbang ke arah pembangunan belia di peringkat akar umbi dan juga di peringkat akademi, setelah bersara bermain bola sepak kelak.

"Wang bukanlah segala-galanya bagi seorang pemain bola sepak profesional,” katanya dalam kenyataan yang dipetik di laman Facebook Johor Fan Club.

Tunku Ismail berkata, Pablo memilih untuk bersama Johor kerana penyokong Johor. Tunku Ismail sebelum ini telah melontarkan hasrat untuk menyunting pemain Benfica itu.
More aboutPablo Aimar Sah Milik JDT

Fandi Ahmad Selesai Tamatkan Haluan Pasukan JDT

Posted by Unknown



Lagenda Singapura, Fandi Ahmad bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berakhir selepas hampir satu musim menabur bakti membimbing pasukan Johor Darul Takzim (JDT).


PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu persatuan dan Fandi bersetuju untuk mengikut haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan yang teliti serta persefahaman bersama.

Sambil menyifatkan Fandi sebagai seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap, PBNJ menyatakan persatuan ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

"Pintu sentiasa terbuka bagi Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap seperti keluarga di sini.

"PBNJ juga sentiasa bersedia memberi sokongan dalam sebarang usaha yang bakal diceburi beliau pada masa akan datang.

"Ini merupakan berita yang mendukacitakan buat PBNJ dan juga para penyokong Johor, namun PBNJ mendoakan yang terbaik buat Fandi," katanya.

PBNJ turut menyatakan Fandi telah banyak menabur bakti dalam pembangunan bola sepak Johor.

"Jasa dan sumbangan beliau terhadap projek bola sepak Johor akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh PBNJ dan penyokong," katanya.
More aboutFandi Ahmad Selesai Tamatkan Haluan Pasukan JDT

PM ulas cadangan Tun M berkenaan penswastaan MAS

Posted by Unknown

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd, tidak akan diswastakan.
   
"Malaysia Airlines tidak akan diswastakan kerana pelan pemulihan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan jumlah kerugian yang semakin menguncup," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
   
Perdana Menteri yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan 2013 hari ini, berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
   
Dr Mahathir berkata penswastaan merupakan salah satu langkah bagi mengatasi kerugian yang dialami syarikat penerbangan itu, terutama setelah beberapa kali melalui pelan pemulihan. - Bernama
More aboutPM ulas cadangan Tun M berkenaan penswastaan MAS

Proton Suprima S "pembawa perubahan"

Posted by Unknown

 



Proton Suprima S yang baru dilancarkan bakal menjadi "pembawa perubahan" dalam menambah baik standard dan kualiti kereta pengeluar kereta nasional itu dan mengubah persepsi awam terhadap Proton, kata Hong Leong Investment Bank, hari ini.

   
Ia berkata pelancaran Suprima S akan meningkatkan penawaran produk Proton dan membantu mengembalikan semula keyakinan pasaran dan bahagian pasaran. 
   
"Kami menjangka Suprima S mendapat sambutan positif daripada orang ramai, sama dengan pelancaran Saga SV sebelum ini pada pertengahan Jun, yang menerima lebih 20,000 tempahan," kata bank pelaburan itu dalam satu nota.
   
Variasi Proton baru itu berharga antara RM76,000 dan RM80,000 dan berjaya memperoleh penarafan lima bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme dan dikatakan lebih baik daripada model hatchback kelas sama yang lain yang berada dalam pasaran Malaysia berharga di atas RM120,000.
   
Bank itu mengekalkan penarafan "beli" bagi DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.36. 
More aboutProton Suprima S "pembawa perubahan"

Pesanan Kepada Umat Islam

Posted by Unknown



MENTANG
-mentang pengerusi sebuah NGO ini seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Pada saya, tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi sesiapapun ada hak.

Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008.

Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

NGO ini dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan Perlembagaan Persekutuan, berhubung kes seperti ini.

Satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke Parlimen.

Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan daripada kumpulan bukan Islam.

Mereka mahukan pasangan suami isteri bukan Islam, jika salah seorang daripadanya memeluk Islam, tidak ada hak untuk membawa atau mengIslamkan anak-anak mereka. Mereka mesti kekal dalam bukan Islam sehinggalah umurnya mencapai 18 tahun.

Katakanlah kita terbalikkan kes ini, si ibu itu Islam dan si bapa tidak Islam. Apakah pula keputusan hakim tersebut? Apakah si ibu akan mendapat hak penjagaan?

Apakah pertubuhan itu dan NGO bukan Islam lain akan setuju dengan keputusan ini?

Pada mereka, jika anak-anak tersebut ‘diislamkan’ ia merupakan suatu yang amat tidak adil kepada pasangan bukan Islam tersebut. Namun, jika anak-anak tidak diislamkan, boleh pula. Persoalan saya, siapakah pertubuhan ini untuk menentukan masa depan Malaysia?

Pesan saya kepada umat Islam, jangan sesekali menerima jemputan untuk berada dalam NGO ini.

Setakat ini, ada lima penganut ajaran (agama) di dalamnya. Setiap seorang daripada mereka boleh mewakili semua agama yang ada di situ. Jika ada wakil Islam, suara kita hanya ada satu. Manakala suara bukan Islam ada lima. Jika ada undian, pasti kita akan kalah.

Jika mereka mahu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hatta PBB sama sekali, silakan. Pokoknya, kita jangan goyah dengan desakan mereka. Ini urusan dalaman kita.

Kita ada perlembagaan negeri dan undang-undang syariah di bawah raja-raja Melayu. Apa yang perlu ditakutkan? Pertahankan. Jangan sama sekali benarkan agama Islam disamaratakan dengan agama lain.

Paling penting, lantik hakim yang beragama Islam mengendalikan semua kes ini, bukan sebaliknya. Pertubuhan ini mendesak supaya diperbanyakkan hakim bukan Islam di mahkamah agar keputusan tidak berat sebelah.

Nasihat saya kepada kerajaan. Tidak perlu. Kes berkaitan Islam mesti dikendalikan oleh hakim Islam, kerana Islam mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam.

Setakat ini, bila hakim bukan Islam mengendalikan kes-kes berkaitan Islam, pasti keputusannya tidak berpihak kepada Islam.

Sedarlah, kita sudah terlalu sangat bertoleransi dan berlembut. Bangunlah dari tidurmu umatku! Kita hari ini sudah terlalu banyak dihina di bumi sendiri. Jangan biarkan kita dihina lagi.

Pertubuhan ini selalu membangkitkan soal keadilan. Persoalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan dalam Islam, bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seorang sebiji?

Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, selaku Agama Persekutuan dan agama anutan majoriti penduduk. Itu adil namanya, walaupun bukan Islam melihatnya tidak adil. Justeru, tidak perlu dipinda perlembagaan negeri atau diubah kedudukan mahkamah syariah.

Jika dipinda atau diubah, apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Sudahlah hak-hak istimewa mereka diambil, bahasa sendiri tidak terdaulat, kedudukan agama makin kecil dan sedikit.

Jika yang sedikit ini pun terus mahu diambil, apa lagi yang tinggal? Apa sebenarnya yang bukan Islam mahu? RIDHUAN TEE ABDULLAH - 
More aboutPesanan Kepada Umat Islam

Remaja 18 tahun Disabit Dengan 4 Tuduhan Membunuh

Posted by Unknown


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan seorang remaja berumur 18 tahun terhadap empat pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 dan satu cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
   
Hakim Supang Lian menangguhkan hukuman kepada 23 Sept berikutan tertuduh berumur bawah 18 tahun semasa dia melakukan jenayah itu.
   
Beliau mengarahkan supaya laporan akhlak, rayuan, penghujahan pendakwa raya dan pernyataan impak daripada keluarga mangsa, jika ada, dikemukakan dalam tempoh sebulan mulai hari ini.
   
Supang berkata remaja itu memilih untuk berdiam diri terhadap keterangan yang dikemukakan semasa kes pembelaan dan pendakwaan turut membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
   
Remaja itu didapati bersalah membunuh ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, dan dua anaknya David Ling Chei Qi, 10, serta Amy Ling Zi Jiun, tujuh, di rumah meeka di Jalan RTM kira-kira 7 pagi pada 3 Jan 2012.

Dia turut didapati bersalah terhadap dakwaan cuba membunuh anak lelaki ahli perniagaan itu, Kelvin Ling Chie You, lapan, pada hari, tempat dan masa yang sama.
   
Remaja terbabit yang merupakan jiran mangsa, diwakili peguam Darel Ling Huang Hui manakala Timbalan Pendakwa Raya Musli Ab.Hamid menjalankan pendakwaan. -Sinar harian-
More aboutRemaja 18 tahun Disabit Dengan 4 Tuduhan Membunuh

16 Pasukan Piala Malaysia 2013

Posted by Unknown



16 pasukan piala Malaysia 2013 akan meyertai perlawanan yang hangat ini. Mereka akan bersaing untuk merebut trofi bola sepak yang paling unggul di tanah air ini. 

Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII FC yang juga juara Liga Super musim ini, dilihat menjadi 'duri dalam daging' kepada 15 pasukan lain kerana dibarisi ramai pemain muda yang mantap selain kelebihan beraksi di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Berdasarkan undian Piala Malaysia yang diadakan pada 27 Julai lepas, anak buah V. Sundramoorthy itu dianggap sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara Kumpulan D yang turut dianggotai Perak, Kedah serta juara Liga Perdana Sarawak.

Kegagalan pasukan tempatan menewaskan pasukan dari seberang tambak itu pada saingan Liga Super ketika berkunjung ke Singapura, boleh dijadikan pengajaran berguna buat mereka dalam menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini.

Untuk rekod, pasukan Lion XII FC tidak pernah tewas daripada 11 perlawanan di gelanggang sendiri dan hanya sekali seri 1-1 menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengekalkan format terdahulu dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke suku akhir.

Aksi final pada 3 November ini yang sepatutnya diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, terpaksa ditukar ke Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan padang yang mengalami kerosakan.-Sinar harian
More about16 Pasukan Piala Malaysia 2013

Pelakon dan penerbit, A Aida dicerai talak dua?

Posted by Unknown



Pelakon dan penerbit, A Aida mengakui lega dan tenang selepas diceraikan talak dua oleh bekas suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman di Mahkamah Rendah Syariah di sini. 

Aida sebelum itu agak terkejut selepas Suffian memaklumkan mahu menceraikannya dengan talak tiga semasa pertemuan di dalam kamar Hakim Syarie Umamuddin Yunus.
“Alhamdulillah semuanya selesai.Saya tidak kisah, janji sudah bercerai,” katanya.

Sebelum itu, Suffian bertegas untuk menceraikan Aida dengan talak tiga, bagaimanapun,  Umamuddin menegur tindakan Suffian kerana ia haram dan berdosa.
Suffian, 44, kemudian dipujuk oleh peguam Ismail Mohamad yang mewakilinya. Turut berada di kamar hakim ialah peguam Zulkifli Che Yong bagi pihak Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41.

Pasangan itu bercerai secara baik di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 selepas Aida memfailkan permohonan pada 27 September tahun lalu.

Mereka juga bersetuju untuk menjaga anak tunggal bersama, namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida manakala Suffian dibenarkan hak melawat.

Suffian kini bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman.

Aida dan Suffian bernikah, 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 4.
More aboutPelakon dan penerbit, A Aida dicerai talak dua?

Benjy sah bercerai kali kedua???

Posted by Unknown



Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah di sini. 

Penceraian itu adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu.

Lafaz cerai disebut Benjy pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor.

Permohonan cerai dikemukakan Safiya mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudian mengesahkan jatuh takla satu ke atas Safiya dan memerintahkan Safiya menjalani edah sebanyak tiga kali suci.

Dalam pada itu, sebelum melafazkan cerai, hakim meminta mereka bersalaman dan bermaafan, antara mereka sebagai pasangan suami isteri sebelum bercerai.

Seketika, suasana diselubungi pilu apabila Benjy dilihat mencium dahi isterinya buat kali terakhir, sambil memohon maaf, manakala Safiya bersalaman dan mencium tangan Benjy.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, kedua-dua pasangan itu bernikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin, 7.

"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama,"katanya.

Peguam itu turut memaklumkan, Benjy dan Safiya sudah tinggal berasingan sejak 2010.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon yang mencetus kontrovesi kerana pernah didakwa sekali lagi berhubung kes dadah pada 2 Julai lalu itu bersyukur kerana semuanya berjalan aman.

"Hubungan kami baik dan kami masih lagi berkawan," katanya.

Menurutnya, mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga anaknya, Firdaus secara bergilir-gilir.

"Soal raya tiada masalah kerana kami berdua akan beraya bersama Firdaus di Kuala Lumpur," katanya. 
More aboutBenjy sah bercerai kali kedua???

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Posted by Unknown



Kerana kenyataan yang melampaui batas, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha
 Abd Razak tampil membidas pelakon itu (Rita) di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi,
Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.
More about“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Jennifer Aniston nafi hamil

Posted by Unknown on Saturday 17 August 2013



PELAKON 
Hollywood, Jennifer Aniston menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa dirinya sedang hamil.

Aniston memberitahu ia kelihatan seperti hamil ekoran berlaku pertambahan berat badan sebanyak beberapa kilogram.

“Tidak. tidak ada apa-apa yang perlu diumumkan,” kata Aniston dalam satu temu bual radio.

Pelakon berusia 44 tahun itu juga menafikan laporan yang mengatakan dirinya dan tunangnya, Justin Theroux bakal berkahwin, hujung minggu ini.

Mengulas lanjut soal itu, Aniston berkata: "semua ini agak meletihkan. Kenapa tidak kita tunggu sehingga kami mempunyai sesuatu untuk diumumkan.”
More aboutJennifer Aniston nafi hamil

Isteri David Beckham Hantar Anak Pergi Sekolah Naik Helikopter?

Posted by Unknown



ISTERI 
kepada pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham, Victoria Beckham telah menyewa helikopter semata-mata tidak mahu terlewat menjemput anak lelakinya, Brooklyn pulang dari sekolah.

Perkara itu berlaku di saat dirinya sibuk dengan penggambaran untuk sebuah majalah.

Selain menjemput Brooklyn dari sekolah, Victoria juga perlu menghadiri mesyuarat ibu bapa dan guru di sekolah anaknya.

"Victoria hampir membatalkan sesi fotografi.

"Namun, para pembantunya berjaya mencari jalan penyelesaian supaya dia tidak terlambat ke sekolah dengan menaiki helikopter,”kata Ketua Editor Vogue-Australia, Edwina Mccann.

Selain sibuk dengan urusan peribadi, Victoria juga dikenali sebagai seorang wanita yang mementingkan keluarga dan anak-anak.

Perkara itu diakui Victoria sendiri di mana selepas anak-anaknya tidur barulah dia memulakan kerjanya yang di luar tanggungjawab sebagai ibu.
More aboutIsteri David Beckham Hantar Anak Pergi Sekolah Naik Helikopter?

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Posted by Unknown



Dalam Sebuah  kitab karangan ‘Usman Bin Hasan Bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad  ke Хlll Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal menghadaplah engkau”. Maka akal pun menghadap ke hadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai akal berbaliklah  engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai akal!siapakah aku?” Lalu akal pun berkata: “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah”.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Kuciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau”.

Setelah itu Allah S.W.T. menciptakan nafsu, dan berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai nafsu, menghadaplah  kamu!” Nafsu  tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : Siapakah engkau dan siapakah aku?” Lalu nafsu berkata : “Aku adalah aku dan engkau adalah engkau”.

Setelah itu Allah S.W.T. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya.. kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah aku?” Lalu nafsu berkata : “Aku adalah aku dan engkau adalah engkau”.

Lalu Allah S.W.T. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah aku?” Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata : “Aku adalah hambamu dan kamu adalah Tuhanku”.

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini, dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu  itu, jangan biarkan nafsu mengawal kita. Sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

More aboutKisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Najib nafi wujud rundingan kerajaan perpaduan

Posted by Unknown



SHAH ALAM - Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan BN dan PR.


Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan PRU13 dan mempertikai keputusan tersebut.

“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.

“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” katanya dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” demi kepentingan politik pihak pembangkang.

Asia Sentinel melaporkan pada Isnin bahawa Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
More aboutNajib nafi wujud rundingan kerajaan perpaduan

Kisah Seorang Hamba Allah Yang Diperkenankan Doanya

Posted by Unknown



Ali ( bukan nama sebenar ) seorang bekas pelajar di Universiti Terkemuka Malaysia. Dia lahir dari sebuah keluarga yang sederhana dan tidak ada sumber pendapatan kekal keluarga. Setahun sudah berlalu, Ali telah tamat di dalam pembelajarannya. Ali seorang anak yatim yang ketiadaan bapanya yang telah meninggal 3tahun sebelum dia tamat pengajian.

Kini, Ali tinggal bersama ibunya dan sejak dia sudah tamat pengajian, dia telah bekerja di satu sektor swasta yang tidak berapa hebat dan pendapatannya agak tidak memberangsangkan. Setahun telah berakhir Ali bekerja di Syarikat tersebut, dan Ali cuba mencari pekerjaan yang lain setaraf dengan anugerah yang dimilikinya semasa di Universiti namun tidak menjumpai juga. Ali meneruskan pekerjaan tersebut dengan penuh redha dan bersabar. Walaupun pendapatan Ali tidak seberapa, dia dapat melunaskan hutang pembelajarannya, serta makan dan minum Ali bersama ibunya, Ali tetap merasa syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan yang sedikit ini mampu Ali menjalankan tanggungjawabnya kepada ibunya. 

Dikisahkan pada suatu hari, Ali telah diberhentikan kerja di tempat kerja tersebut. Pemberhentian dia disebabkan kerana syarikat yang dia kerja berhadapan dengan masalah kewangan. Ali merasa sungguh terkilan serta kepeningan melanda diri dia. Dia khuatir akan tidak mendapat pekerjaan lain dengan segera dan tidak dapat menghasilkan pendapatan untuk keperluan harian bersama ibunya.


Sebulan telah berlalu, Ali mencari pekerjaan tidak ditemukan jodoh juga oleh Allah S.W.T. Ibunya selalu berkata dan bertanya kepada Ali apakah dia tidak mendapat pekerjaan lagi. Ali hanya mampu menggelengkan kepala dan dia mendapat tekanan hebat dari rakan-rakan seperjuangan yang telah mendapat pekerjaan yang tetap dan hasil upah yang lumayan. Walaupun sebulan Ali mencari pekerjaan tidak bertemu juga, Ali sentiasa memohon berdoa kepada Allah S.W.T. agar ia ditemukan dengan pekerjaan yang baik untuk dia, dan mampu meneruskan mencari sumber pendapatan untuk dia dan ibunya. 

Ali selalu berkata dengan ibunya, agar meminta berkat ibunya berdoa untuk menunjukkan supaya dia mendapat pekerjaan yang baik selepas ini. Jika tidak mendapat pekerjaan yang baik pun, dia tetap mendapat apa-apa kerja asalkan dia mampu memberi dan melunaskan tanggungjawabnya. Setiap malam, Ali selalu menghabiskan masanya bersama tikar sembahyangnya yang buruk lagi rapuh.

Ali sentiasa tidak putus asa dalam berusaha mencari pekerjaan lain serta dia sentiasa memohon agar Allah S.W.T. menunjukkan dan memberikan dia tempat pekerjaan yang sesuai serta pekerjaan yang lebih baik untuknya berbanding sebelum ini. Ianya berterusan selama sebulan ke dua bulan berlalu. 

Pada suatu ketika, dia pergi ke kedai untuk membeli serba sedikit barangan keperluan makanannya dengan membawa wang yang tidak seberapa. Ketika ali sibuk hendak membayar barang yang dibelinya, ia menyelak senaskah surat khabar di bahagian iklan jawatan kosong. Ali ternampak satu syarikat mengiklankan jawatan kosong yang memerlukan pakar setaraf dengan kelulusannya selama ini. Syarikat tersebut agak ternama dan terkemuka di dunia global lagi canggih kini. Kadar upah yang ditawarkan untuk jawatan tersebut agak lumayan dan tinggi sekali. Tanpa membuang masa, ali sempat mengingati alamat syarikat tersebut dan terus membayar barang yang dibelinya dengan segera.

Tiba sahaja dirumah, Ali terus menulis semula alamat syarikat tersebut di atas sekeping kertas buruk dan terus mencapai bajunya yang agak lusuh kerana sudah beberapa hari tidak dibasuhnya. Ibunya hairan dengan ali yang berkeadaan terburu-buru seperti dirasuk  syaitan. Ibunya bertanya kepada Ali akan keadaannya begitu, lalu Ali memberitahu kepada ibunya untuk keluar sebentar pergi ke syarikat yang dibacanya di iklan suratkhabar tersebut.

Ali sempat memberitahu kepada ibunya agar mendoakan supaya dia ditawarkan bekerja di situ. Ibunya lantas menjawab dengan hati yang baik dan senyuman yang manis dengan berkata bahawa ia sentiasa mendoakan masa depan Ali yang cerah. Ali terus mencapai lagi beg sandang buruknya yang berisi dengan sijil-sijil dan salinan “resume” nya. 

Dengan langkah kanan, Ali sempat berdoa kepada Allah S.W.T. agar dia keluar ini mendapat keberkatan supaya dimurahkan rezekinya untuk mendapat pekerjaan itu. Setibanya dia di syarikat tersebut, Ali terus bertanyakan kepada “pak cik gate” yang berada dihadapan pintu pagar syarikat tersebut akan iklan jawatan kosong syarikat itu. Lalu Ali dibenarkan masuk untuk pergi ke pejabat utama syarikat itu untuk mengisi borang kerja serta untuk “interview” sekali.

Selang sejam kemudian, Ali keluar dari kawasan syarikat tersebut dengan riak muka yang gembira sekali. Ali terus cepat-cepat pulang kerumah untuk memberitahu khabar gembira kepada ibunya. Tiba sahaja dirumah, Ali terus mendakap ibunya lantas memberitahu kepada ibunya bahawa dia telah ditawarkan bekerja di syarikat tersebut. Malah, permulaan upah untuk Ali dibayar dengan kadar yang sungguh lumayan sekali. Ibunya sungguh terharu dan gembira sekali kerana anaknya telah mendapat kerja semula serta pendapatan yang sungguh lumayan pula. 

Ali dan ibunya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T. kerana dengan berkat doa dan usahanya diperkenankan oleh Allah S.W.T. Malah disertakan sekali dengan bonus pendapatan yang lumayan buat Ali.

Lima tahun telah berlalu, Ali bekerja di syarikat tersebut dan keadaan dia serta ibunya telah berubah sama sekali. Ali telah membawa ibunya berpindah kerumah yang lebih luas, malah perkakasan dan barangan keperluan mereka amat cukup lengkap dan hampir sempurna. Ali bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berkat doa, tawakal dan usahanya selama ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T. Kini, Ali telah meneruskan rutin harian kehidupannya sedia kala dan berjanji dengan ibunya agar dia meneruskan pekerjaan tersebut dan akan bekerja sehingga Allah mengizinkan dia disitu. 

Akhir kata, percayalah bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini, Allah jualah yang memberi dan menentukan serta dengan limpah kurnia, berkatNya juga yang menjadikan kita seorang yang berguna dunia akhirat. Tidak ada yang diperlukan didunia untuk berjaya melainkan doa Ibu bapa, dan doa kepada Allah S.W.T. Jika A yang Allah janjikan pada kita, maka A lah yang kita dapat. Insyallah, moga cerita ini menjadi teladan dan pedoman untuk kita semua.


Terima Kasih,

More aboutKisah Seorang Hamba Allah Yang Diperkenankan Doanya